Powered By Blogger
Powered by Blogger.

Followers

RSS

HANTU HANTU

Kanak-kanak dan cerita-cerita menarik seperti paralel. Sangat tidak boleh dipisahkan. Kanak-kanak sangat gemar mendengar ceritera. Malah, jika mahu, tidak perlu belajar, hanya cukup mendengar cerita.


Paling mereka suka adalah ceritera HANTU. Sepanjang sudah 3 tahun aku mengajar anak-anak kecil, itulah yang sering dipinta mereka.


" Cikgu, ceritalah cerita hantu" minta mereka sesekali sesekala.


Kadang-kadang rayuan mereka untuk diceritakan kisah hantu sangat keterlaluan. Kasihan pula melihat mereka merayu-rayu sebegitu.


" Okay, cikgu akan menceritakan sebuah cerita hantu. Tapi, lepas ni jangan tanyakan lagi cerita-cerita hantu lagi ya" aku memulakan prosiding aku. Ha ha ha.


Mereka semua kembali senyap. Teruja mahu mendengar cerita yang ingin aku sampaikan. Memasang telinga. Senyap, penuh tumpuan dan fokus.


" Ada satu kisah dulu, berlaku ketika cikgu masih belajar di sekolah berasarama penuh dulu."


" Masa tu, memang cikgu dan kawan - kawan cikgu berebut-rebut nak basuh kain pada hujung minggu. Maklumlah, baju dan kain semua kena basuh sendiri, dan masa tu tempatnya tak lah besar mana pun"


" Jadi, sebabkan tak nak berebut ni, cikgu ambil keputusan nak basuh kain waktu malam-malam. Lepas habis waktu belajar, pukul 11 atau 12 malam macam tu"


Murid-murid sudah ternganga.


" Ha, pukul 12 malam, cikgu? Beraninya cikgu masa tu! " Azila mencelah.


" Eh, diam lah , owang nak dengar ni, lepas tu cikgu? " Khairul membentak.


" Satu malam, dekat waktu tengah malam. Cikgu pun basuh kain di bilik air. Semasa tu, tiada siapa pun, hanya cikgu seorang sahaja yang membasuh."


Aku menukar tona suara kepada lebih perlahan. Suara aku menjadi lebih perlahan-lahan mengikut jalan cerita. Aku mahu ciptakan suasana yang lebih menyeramkan.


Anak-anak aku semakin ,memasang telinga. Ada yang sudah menutup mata.


" Jadi cikgu pun basuhlah, satu kain, baju, stoking, seluar, sekolah"


" Tiba-tiba, cikgu terdengar ada bunyi di salah satu bilik air. Bunyi yang kuat. Macam ada orang di sebalik pintu."


" Rasa takut pun ada, seram pun ada. Rasa nak tengok ke tidak, fikir cikgu dalam hati "


" Lepas tu cikgu tengok ke tak, apa bendanya tu, cikgu?" tanya Azila lagi.


" Hai, cerita cikgu tak habis lagi, kan"


" Ok, seingat cikgu sepanjang cikgu basuh kain tadi, tak ada sesiapa pun yang masuk ke bilik air. Jadi, cikgu dah mula fikir yang bukan-bukan."


" Cikgu dah ingat benda-benda yang menakutkan. Kemudian, dengar lagi bunyi dari sebalik pintu tu."


" Cikgu beranikan diri, melangkah perlahan-lahan. Cikgu nak tengok siapa yang ada di sebalik pintu"


" Bila cikgu tolak pintu tu, cikgu nampak ada satu lembaga kecil. Macam toyol. Mukanya hijau berlumut-lumut rupanya."


"Cikgu pun ketakutan, jadi cikgu ambil air sabun dalam baldi , cikgu curahkan kepada lembaga tu"


" Kamu nak tahu apa lembaga tu cakap?" tanya aku kepada anak-anak aku.


" APA dia cikgu?" masing-masing teruja.


" Eii takutnya kan" celah seorang murid.


" Bila terkena je air sabun yang cikgu curahkan tadi, lembaga tu pun pandang cikgu"


" lembaga tu kata. Dia kata apa tau" aku cuba memperlahankan saspens cerita aku.


" Dia kata, " hai, sibuk adik basuh kain? " gunakan serbuk pencuci DAIAA!!"Aku cuba membuat seover mungkin, mengikut watak iklan lelaki gemuk bercermin mata di yang disiarkan di tv.


" gunakan serbuk pencuci DAIAA" aku jerit sekuat-kuat hati lagi, sekali lagi. Dengan menjuihkan bibir aku supaya lebih kelihatan lucu lagi. Sambil mengajuk lelaki gemuk bercermin mata seperti dalam iklan DAIAA yang terjuih mulutnya sambil menyebut nama DAIAA.


" Kah kah kah"


Ketawa demi ketawa memenuhi alam waktu itu. Ada yang tak dapat menahan ketawa sampai mengalir air di mata. Lucu agaknya mendengar cerita hantu aku yang sangat menyeramkan itu. Aku tersenyum kerana lawak aku sudah menjadi.


" Cikgu, apa cerita hantu cikgu macam ni ?, tak best langsung. Tak seram langsung." Bantah Azila yang selama ini memang penuh kosentrasi tetapi kecewa kerana ia bukan lagi hantu yang menyeramkan.


" Ha, lain kali kamu jangan lagi tanya kat cikgu lagi cerita hantu daripada cikgu. Itulah cerita hantu yang cikgu ada. Padan muka kamu. Suka sangat nak dengar cerita hantu."


Sejak hari itu , anak-anak aku tidak lagi bertanyakan kepada aku untuk menceritakan kisah cerita hantu lagi. Kata mereka, cerita hantu aku cerita lawak.Tak best.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment